About Mesin Jahit: Tips Beli Mesin Jahit Terpakai/Baru



Mesin Portable
------------------------
1. Cari yang mudah dicari ganti sparepart, serta yg mudah dibaiki sendiri atau di mana mana kedai.
2. Jenama terkenal mesin industri belum tentu mampu mengeluarkan mesin portable yg bagus. Kepakaran antara kedua mesin ini tidak sama.
3. Elakkan membeli yang terlalu murah dan kecil. Mesin jenis tu biasanya "pakai buang" aja. Tiada sparepart. Kalau dihantar repair pun, silap silap kos lebih tinggi dari beli mesin jahit baru.
4. Khususkan penggunaan untuk jangkahayat panjang.
5. Mesin yg berbunyi kasar lebih lasak dari yg takde bunyi.



Mesin Industri
-----------------------
1. Kualiti mesin lama lagi baik dari kualiti mesin yg baru. Tapi bukanlah bermakna mesin baru tak bagus. No. Cuma yang lama menggunakan part dan bahan yg tak sama seperti sekarang. Maklum aja. Cut cost katanya.
2. Jenama
Ada jenama yg tidak dikenali, diwujudkan untuk memenuhi permintaan harga yg rendah. Tapi sila maklum. Zaman ini, harga murah pada kualiti yg tinggi agak mustahil. Rujuk pada yg pakar ya.
Ada juga, jenama terkenal pada harga rendah. Itu bermakna mesin tu recon ataupun mesin tersebut tiruan. Sekali lagi, rujuk pada yg pakar, dan jujur. Hihi


Umum
-----------
1. Waranti.
Ramai yg bertanyakan tentang waranti. Usah fokus pada waranti. Kerana pada kebiasannya warantin adalah pada part yg tidak akan rosak dengan mudah.
Kebanyakan kerosakan adalah berpunca dari pengguna itu sendiri. Huhuhuhu

2. Belajar mengendalikan mesin dengan baik. Kenali mesin kita. Belajar cara penyelenggaraan yg baik dan betul.

3. Jangan ragu ragu nak beli mesin jahit yg sedikit mahal. Kita bukan nak beli mesin jahit setiap minggu atau setiap bulan. Beli mesin jahit adalah beli aset dan satu pelaburan.

4. Beli mesin yang bersesuaian dengan keperluan production. Carilah yg memudahkan dan mempercepatkan kerja kita. Baru la nak letak harga murah sikit tak rasa ralat. Ada mesin yg mengurangkan kos workmanship dan menjimatkan man hour. Tapi, pelaburan harus sepadan dengan mesin. Mesin begini biasanya mahal sikit.



Itu aja lah lebih kurang info yg saya ingat buat masa sekarang. Tak berapa ada idea untuk mengarang. Kalau tetiba teringat saya update di post ni.

InshaAllah.



Kalau nak beli mesin dengan saya, hubungi saya di 0124009293 ya. Kalau lambat reply up lah lagi. Dan lagi dan lagi.... Maklum aja... Saya kurang sihat lagi. Doakan saya sembuh ya...

Terima kasih..


Post asal: https://www.facebook.com/kak.ngah.16/posts/1567909013272921
#InovasiDuniaJahitAnda

Comments